LIFESTYLE

Cara Atasi Stress dan Kesunyian


Disclaimer: 

Cara Atasi Stress ni untuk orang yang tiada ramai kawan, ataupun untuk orang yang introvert, awkward untuk bergaul dengan orang, dan lagi selesa menyendiri. Aku bukanlah pakar, sekadar berkongsi kebaikan.

Hi Guys,

Pernah tak korang rasa, makin meningkat umur, makin rasa sunyi hidup.Tambah-tambah lagi kalau korang single. Kawan-kawan kiri kanan semua dah ada anak bini, ada pasangan hidup masing-masing. Tapi Kau still single, tak kisah la even korang sendiri yang memilih untuk tak nak hidup berpasangan, tapi perasaan sunyi tu pasti akan hadir. Lagi-lagi kalau kau tak ada housemate. So, Aku nak share cara-cara aku atasi stress dan kesunyian yang berkesan untuk aku, maybe berkesan jugak untuk korang.

  1. Buat sesuatu yang korang suka aka hobi

Contohnya aku such membaca novel English, romance especially. Baca buku ni macam escapism  bagi aku. Lepas balik kerja, mandi, prepare untuk kerja esok, then terus masuk selimut, bukak Kindle, baca. Aku tak nak fikir dah apa-apa masalah hidup ke masalah kerja ke, baca buku baca kisah orang lain yang bestbest. Tak kisah la buat apa, janji benda yang buat korang escape dengan realiti hidup.

2. Turn off social media buat seketika.

source: Pinterest

‘Take a break’ omputih cakap. Kadang-kadang, scroll gambar FB or tengok insta stories kawan-kawan buat kau lagi stress. Yela, dorang semua bergembira, ada ramai kawan nak pergi sana sini, tapi kau? Tak pe, kalau korang rasa macam ni, you are not alone. Bukan korang dengki dengan orang lain ke apa, tapi memang fitrah manusia, inginkan benda yang ada pada orang lain. So, berehat la seketika dengan Social Media ni.

3. Buat aktiviti sukan.

source: Pinterest

Iya, betul. Salah satu benda yang boleh kurangkan stress adalah keluarkan peluh dari badan korang. Fizikal aktiviti membantu otak mengeluarkan hormon Endorphins, yang mana hormon ni lah yang membuatkan korang rasa happy. Kalau tak percaya, boleh baca kat sini. here

4. Try meditate 10 minit sehari sebelum tidur.

source: Pinterest

Masa meditate ni korang boleh bukak youtube, search bunyi air sungai yang mengalir, atau bunyi hujan atau bunyi-bunyi menenangkan lain yang korang suka. Cari tempat yang korang selesa, kalau aku, aku bersila atas katil, then pejam mata, fokus pada pernafasan, relaks kan minda korang, jangan fikir apa-apa. Lakukan ini selama 10 minit, Insyaallah korang akan rasa kelainannya, apatah kalau kalau buat hari-hari. Korang akan rasa lebih tenang. Korang boleh jugak download apps Calm untuk meditate ni.

5. Akhir sekali, sekiranya korang seorang yang beragama Islam, carilah ketenangan dengan mencari Allah.

source: Pinterest

Beribadat dan baca quran. Berdoa agar dijauhkan dari stress dan rasa kesunyian ni. Yakinlah, Allah hadirkan kesunyian ni pasti ada hikmah disebaliknya, yang tak lain tak bukan, Dia mahu kita kembali dekat denganNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *